‘Memang mereputlah pembangkang nak menang’, ramai puji cara YB DAP ini jenguk rakyat
Ramai dilihat memuji cara berbahasa Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim ketika melawat pelajar di sebuah sekolah agama di kawasannya.
Rata-rata berpendapat beliau yang juga Menteri Sumber Manusia sebagai wakil rakyat contoh yang sukar dijatuhkan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
“Jenguk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah,” menurut kapsyen tertera pada rakaman video dikongsikan menerusi TikTok Pengerusi DAP Pulau Pinang itu.
Beliau yang umum dikenali fasih berbahasa kebangsaan dilihat bersalaman dan bertanyakan khabar pelajar-pelajar terbabit.
Bahkan, beliau secara spontan menyelitkan kata-kata semangat sepanjang pertemuan itu.
“Mana biasa, nampak macam luar biasa,” katanya selepas mendengar jawapan daripada seorang pelajar yang bukannya pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.
Selain itu, Steven diiringi beberapa guru meninjau tapak bagi permohonan projek membina gelanggang sukan untuk pelajar di sekolah tersebut.
BACA JUGA Kedai mamak dan daun pisang mahu naik harga, netizen berang seru boikot
Â