Netizen Indonesia tiba-tiba banjiri media sosial Anwar

Hantaran media sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di platform X tiba-tiba dibanjiri komentar dari netizen Indonesia.

Ia berhubung ciapan Anwar yang berduka atas pembunuhan Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel.

Anwar secara terbuka melabel Israel sebagai “rejim biadab” serta mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.

Hantaran dibuat Anwar itu tidak lama selepas Yahya Sinwar disahkan terbunuh.

Ucapan beliau mendapat perhatian masyarakat luar sehingga negara jiran memuji kelantangan Perdana Menteri Malaysia mengutuk serangan ganas Israel.

Netizen Indonesia membandingkan kepantasan Anwar memberi respon dalam isu pembunuhan pemimpin Hamas berbanding pemimpin di Indonesia sendiri.

Mereka mengakui Malaysia lebih menyerlah dan kehadapan dalam memperjuangkan pembebasan Palestin.

Minggu lalu media antarabangsa melaporkan Yahya Sinwar terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel.

Yahya maut akibat “kecederaan otak traumatik yang teruk” selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.

Pemimpin itu menghabiskan separuh umur dewasanya di penjara Israel dan merupakan pemimpin Hamas paling berkuasa ketika hayatnya selepas pembunuhan Ismail.

BACA JUGA Bukan biasa-biasa, pemuda terkejut pasar tani di Hawaii jual nasi lemak Malaysia

Â