Nak berdrama pun bawalah contoh yang betul, MP Pas dikecam ‘petik’ kes OKU
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dikecam selepas salah memetik kes membabitkan wanita orang kurang upaya (OKU) di Muar untuk dikaitkan dengan kegagalan kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Rata-rata warganet menyifatkan wakil rakyat Pas berkenaan’menunggang’ kes wanita yang dijumpai bersama jasad ayah dan adiknya sejak lebih seminggu tanpa sebarang makanan.
Siti Zailah dilihat tidak tahu latar belakang sebenar kisah wanita berusia 44 tahun tersebut yang tinggal di Taman Indah, Sungai Abong itu.
“Ingatkan nak cerita kisah kesulitan rakyat kawasan Parlimen dia dalam negeri antara termiskin di Malaysia.
“Agaknya orang Rantau Panjang dah sebak ada MP begini.
“Lagi sedih 30 tahun, (bekalan) air pun tak selesa. Jadi, kerajaan pun dah tapi hanya pandai naik Vellfire dan rasmi program sahaja.
“MP pembohong, kes yang disebut melibatkn OKU lembam, bukan tak makan kerana tiada duit,” tulis @gibaok25.
“Dia boleh spin macam tu je. Kawasan dia tiada air tak pula dia sebak macam ni,” perli Gallileo Galili.
Semalam, Siti Zailah kelihatan sebak menceritakan kemiskinan rakyat semasa mencelah ketika Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat.
Dia mendakwa kerajaan masih gagal untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam tempoh ditetapkan.
Semakan mendapati kes disebut Siti Zailah itu merujuk pada berita pada 24 Ogos lalu berkenaan seorang wanita OKU di Taman Indah, Sungai Abong, Muar yang ditemui bersama jasad ayah dan adiknya.
Sejak lebih seminggu kematian ayah dan adiknya, wanita terbabit tinggal dalam tempoh berkenaan tanpa sebarang makanan.
BACA JUGA Jauh sangat beza kebijaksanaan PM dengan pembangkang
Â