Ini sebabnya pindaan berhubung kewarganegaraan utamakan kepentingan negara
Oleh LIYANA MARZUKI
Dulu, teringat cerita makpak kita. Ada yang belajar di luar negara, kalau boleh nak lahirkan anak di sana. Sebabnya, bolehlah anak dapat taraf warganegara atau PR.
Zaman 90-an, syarat ini diperketat. Di Australia, Jerman, UK dan Eropah, syarat kerakyatan jus soli (atau ikut tempat lahir) dipinda.
Tidak boleh sewenang-wenangnya dapat walau ibubapa imigran, anak lahir dalam negara, bukan secara automatik mereka dapat warganegara. Banyak syarat lain dibuat.
Prinsip jus soli terpakai di Malaysia sejak merdeka. Tujuannya nak tingkatkan jumlah warganegara.
Namun sudah sampai masa, seperti kebanyakan negara di dunia, kita juga perlu kawal dan lindung negara kita.
Tidak boleh bagi siapa saja jadi warganegara Malaysia. Tambah yang cuba nak ambil kesempatan sahaja.
Itu yang dibuat dalam Pindaan Perlembagaan baru-baru ini oleh KDN. Saya kaji. Banyak peruntukan yang melindungi kedaulatan negara dan hak kerakyatan.
Ini pindaan yang dibuat:
1) Anak penduduk tetap yang dilahirkan di sini, TIDAK SECARA AUTOMATIK mendapat tahap warganegara. Mereka perlu ikut warganegara ibu bapa.
2) Mereka yang tiada kerakyatan mana-mana negara TIDAK SECARA AUTOMATIK dapat kewarganegaraan Malaysia.
3) Isteri warga asing yang bercerai atau bubarkan perkahwinan selepas dua tahun berkahwin dengan warga tempatan, akan dilucut hak sebagai warganegara. Ini untuk mengelak kahwin kontrak untuk dapat status rakyat.
Ini pada saya, pindaan yang sangat timely apabila kita pun ada isu di Malaysia ini, imigran sangat tinggi. Ada pelancong masuk pun tidak keluar-keluar. Elok pindaan ini dibuat agar tiada abuse nak jadi warganegara.
Lagi satu, untuk anak ibu bapa yang ada PR. Bukan end of the road untuk mereka. Kalau betul-betul nak jadi rakyat Malaysia dan tinggal di sini, boleh saja kahwin dengan orang Malaysia. Lepas itu, bolehlah dapat status jadi warganegara.
Selain dari itu, ada juga pindaan IHSAN untuk anak-anak Malaysia.
Al-kisahnya, sejak zaman merdeka, si ibu tidak boleh wariskan secara automatik status warganegara kepada anaknya yang dilahirkan di luar negara.
Itu hanya hak si ayah. Si ibu perlu mohon macam-macam prosedur. Kadang bertahun menunggu pula.
Pindaan terbaharu ini mengangkat kesaksamaan jantina. Hak sama rata diberi kepada ibu ayah bagi anak yang dilahirkan di luar negara.
Menyamakan Malaysia dengan lebih 120 negara di dunia yang buat perkara sama termasuk Indonesia, Thailand and Singapura.
Ada juga pindaan yang tingkatkan cinta kepada negara, seperti ikrar taat setia untuk pemohon berumur 18 tahun ke atas.
Dan syarat fasih berbahasa Kebangsaan kepada pemohon baharu kerakyatan termasuk isteri-isteri warga asing yang nak berkahwin warga tempatan.
Ini syarat standard di kebanyakan negara di dunia termasuk di Amerika. Makanya, janganlah dijadikan modal meroyan pula.
Semuanya, pada saya pindaan ini seimbang sifatnya. Melindungi kedaulatan negara daripada dimanipulasi oleh mereka yang nak ambil kesempatan.
Dalam masa sama, memperkasakan hak anak-anak kita untuk dapat kewarganegaraan.
Tahniah kepada KDN dan Menterinya. Walau ada desakan dan gesaan, namun apabila dibentang dapat sokongan lebih dua pertiga dengan 62 orang ahli pembangkang turut menyokong. Saya kira, you guys did a good job.
Bukan senang ya. Pindaan ni nak puaskan hati semua pihak. Tambah far left yang mahukan hak warganegara dibuka seluasnya manakala far right yang kalau boleh mahu Malaysia ini untuk satu kaum sahaja.
Pindaan ini bersifat centrist, lebih utamakan kepentingan negara. Tahniah.
*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang ingin mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.
BACA JUGA Nak berdrama pun bawalah contoh yang betul, Zailah dikecam ‘petik’ kes OKU
Â