Norhizam buat ‘come back’, jawatan ditandingi masih rahsia

Bekas wakil rakyat DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee, mengesahkan kembali ke kancah politik menerusi Bersatu.

Lapor BH, kemunculan semula bekas ADUN Pengkalan Batu di arena politik kali ini akan membawa nama sebuah parti yang dakwanya mampu membela nasib orang Melayu.

Dikenali sebagai ‘YB Gengster’, Norhizam dikatakan bertanding merebut antara jawatan tertinggi Bersatu di Bahagian Hang Tuah Jaya.

Pernah menjadi Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam, 58, merupakan satu-satunya ADUN di Melaka yang menjadi watak di sebalik tumbangnya dua kerajaan negeri selepas PRU14.

Sebelum ini, Norhizam kerap menarik perhatian orang ramai antaranya sohor dengan ungkapan ‘Awak YB ke saya YB’ selain pernah digelar oleh Speaker DUN sebagai ‘juara tembak babi’.

Untuk rekod, pemilihan Bersatu akan diadakan serentak di seluruh negara, 26 Oktober ini.

BACA JUGA ‘Tunggang’ nabi dan malaikat pula, ini bukti Pas bukan parti agama