Menteri, media Israel ‘kantoi’ tipu dunia, gambar lama dikitar semula
Menteri dan media negara pengganas Israel ‘kantoi’ berbohong kepada dunia ketika melaporkan serangan ke atas Israel awal pagi tadi.
Saluran 12 media Israel menerbitkan gambar lama tiga tahun lalu kononnya serangan semasa terhadap republik Islam itu.
Dalam masa sama, menteri pertahanan Israel didapati bergambar di kubunya dengan imej palsu serangan balas dendam hari ini ke atas Iran.
Gambar yang memaparkan letupan besar itu sebenarnya adalah kejadian yang berlaku pada 2021.
Susulan itu, rata-rata warga dunia mengecam dan mempersenda Israel dan Perdana Menteri negara haram itu, Benjamin Netanyahu.

“Mereka (Israel) pembohong besar, semoga ALLAH menghabisi orang yang dibenci ini.
“Media Israel yang memalukan.Ya mereka jelas berbohong lagi. Dia (Israel) memalukan dirinya dengan serangan ini.
“Netanyahu bersembunyi di bunker seperti tikus,” demikian antara kata pengguna X.
Dalam serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran jam 2 pagi tadi, Iran menyatakan pihaknya berjaya memintas serangan pengganas tersebut.
Serangan terhadap wilayah barat Ilam dan barat daya Khuzestan itu hanya menyebabkan kerosakan terhad.
Sebaliknya, Iran menyatakan tenteranya melakukan “serangan tepat” terhadap “sasaran ketenteraan” di sekitar Tehran.
BACA JUGA Tular rakyat Iran persenda serangan Israel