NAFAS digantung mulai hari ini

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah digantung, berkuatkuasa hari ini sebagai usaha dan tindakan segera untuk memulihkan pertubuhan itu secara holistik selain untuk mengembalikan kepercayaan kerajaan dan golongan peladang.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini, perintah penggantungan NAFAS itu selaras dengan kuasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20 (1) A Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

“NAFAS mempunyai hak selaras dengan Seksyen 21 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) untuk merayu kepada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah ini dan keputusan YB Menteri adalah muktamad den tidak boleh dirayu atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

“Semasa tempoh penggantungan, NAFAS akan diuruskan dan ditadbir oleh pentadbir-pentadbir yang akan dilantik untuk menguruskan hal ehwal NAFAS,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Korporat LPP menyatakan, NAFAS masih terus beroperasi seperti biasa dengan kakitangan dan pegawal sedia ada.

“Pentadbir-pentadbir akan melaksanakan tatakalola yang baik dalam proses pemulihan semula NAFAS selaras dengan objektif memperkasakan semua tatakelola dan tadbir urus yang baik untuk kepentingan peladang-peladang,” kata bahagian itu lagi.

BACA JUGA Selepas 61 tahun membentuk Persekutuan Malaysia, ini senarai permintaan Sarawak untuk RMK-13

Â