JKPPP untuk tambah baik khidmat penjagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU di Selangor ditubuhkan

Sebuah jawatankuasa khas untuk menyemak dan menambahbaik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya telah ditubuhkan.

Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan (JKPPP) dipengerusikan oleh ADUN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.

Dalam tempoh satu tahun yang akan datang, tumpuan utama jawatankuasa ini adalah untuk memperbaiki garis panduan dan peraturan berkenaan penjagaan kanak-kanak di Selangor,” umum Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari dan Ng dalam satu kenyataan Bersama.

“Jawatankuasa ini akan mengenal pasti dan meneliti kelompangan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk memperbaikinya. Selain aspek keselamatan, garis panduan sedia ada juga akan dikaji dari sudut praktikal untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha mendaftarkan pusat mereka dengan agensi kerajaan berkenaan.”

Mereka menambah bahawa usaha penambahbaikan kian mendesak kerana permintaan untuk perkhidmatan penjagaan dijangka meningkat ekoran daripada migrasi penduduk ke Selangor.

BACA JUGA: Jangan mengalah, bertolak ansur terhadap pembuli

Â