Sampai bila Pas nak panaskan isu perkauman kini jadi persoalan
Pelbagai pihak kini tampil ke depan mempertikaikan sikap Pas yang memomok-momokkan isu perkauman untuk meraih sokongan padahal isu ini sudah sampai ke siling jika mahukan sokongan.
Ini kerana, bagi penganalisis politik, isu perkauman tidak boleh lagi membawa nilai tambah kepada mana-mana parti politik sebaliknya ia hanya menjauhkan sokongan kaum lain kepada parti berkenaan.
Bahkan, ia hanya memudaratkan hubungan antara kaum di negara ini dan menghambat usaha untuk memajukan negara dan keyakinan antarabangsa kepada negara.
Yang terbaru menjadi fokus adalah ucapan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang seolah-olah mengajak orang Melayu bersatu melawan kaum Cina dalam perhimpunan di Menara Chondong Teluk Intan.
Dalam ucapan itu, Razman mendesak supaya “semua yang mata, kulit macam kita mesti bersatu.”
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, “Matanya, kulitnya dan darahnya macam kita, semuanya kita kena bersatu,” manakala bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin juga menyerang pemimpin Pas yang suka mempermainkan isu perkauman ini.
“Kenapa hanya fokus kepada bendera China padahal ada yang membawa bendera Vietnam, Thailand dan sebagainya,” tanya Khairy melalui program Keluar Sekejap beliau Bersama Shahril Hamdan.
“Kenapa kita terperangkap dengan isu sebegini untuk menakut-nakutkan kegagalan tak menjaga cultural cusion, tak jaga sensitivity Melayu dan rakyat Malaysia,” tanya beliau ketika mengulas isu yang sama.
Bagi Rafizi, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membuat ucapan perkauman yang secara halus mengatakan orang Melayu mesti bersatu untuk melawan orang Cina.
“Yang saya pelik, dia nak kata yang mata sempit tu orang Cina, jadi yang mata bulat macam dia adalah Melayu.
“Saya tenung-tenung gambar dia dengan Ahli Parlimen Kuching (Kelvin Yee), saya rasa mata mereka sama sempit dan semua bulat.
“Nak kata kulit dia gelap, tak de lah gelap sangat. Kulit dia lebih kurang sama je dengan rakyat Malaysia yang lain, sama ada Melayu atau Cina.
“Darah dia saya confirm warna merah, sama macam darah Anthony Loke,” tulis Rafizi menerusi X beliau.
Semasa perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan, Perak pada Sabtu lalu, Razman mendesak supaya semua yang mata, kulit macam kita mesti bersatu.
Ia selepas sekumpulan warga China mengibarkan bendera republik itu pada perayaan Guan Gong di Teluk Intan, Khamis lalu.
Padahal, peserta perayaan kebudayaan Guan Dong ini yang dating dari Thailand dan Vietnam juga mengibarkan bendera negara masing-masing.
BACA JUGA NAFAS digantung mulai hari ini
Â