Tan Chong Ren maki Islam: Rupanya ada masalah mental
Padah memaki hamun agama Islam, polis telah membuka kertas siasatan susulan tular video dimuatnaik oleh pemilik akaun Tan Chong Ren@Tan Speaker Corner melalui aplikasi Facebook.
Menurut Ketua Polis Kuala Kumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya telah mengenalpasti suspek dan keterangan akan diambil dalam masa terdekat.
Jelasnya, individu berkenaan sedang mendapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
“Rakaman video memapar seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kenderaan mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap agama Islam.
“Susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Rusdi berkata, polis memandang serius berhubung perkara tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
“Kes masih di peringkat siasatan.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menularkan video berkenaan kerana bimbang akan menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat,” tegas beliau lagi.
BACA JUGA PM Anwar ikrar beri bantuan kemanusiaan kepada Filipina di saat getir
Â