Kerja-kerja turap jalan di seluruh negara, adakah ia petanda kerajaan ada banyak duit?
Jika anda menaiki kenderaan dari Kuala Lumpur ke pantai timur atau ke utara dan selatan tanah air, anda akan bertemu kerja-kerja menurap jalan berjalan dengan giat sekali.
Kerja-kerja menurap jalan ini bukan sahaja berlaku di jalan-jalan kampung atau negeri bahkan juga di lebuh-lebuh raya seluruh negara.
Ketika cuti Depavali baru-baru ini apabila ramai yang bergerak di jalan-jalan raya menuju kampung masing-masing atau tempat bercuti, sudah tentu ramai yang perasan perkara ini.
Ketika penulis bergerak dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, hampir sepanjang jalan ada sahaja jalan yang baru selesai atau sedang diturap.
Di Lebuh Raya Pantai Timur II, iaitu dari Kuantan ke Kuala Terengganu, jalannya bukan sahaja sudah selesai diturap bahkan ada yang masih sedang diturap.
Kebanyakan tempat pula, garisan putih jalan masih belum dibuat lagi yang menunjukkan jalan itu baru selesai di turap.
Di Kuala Lumpur, sepanjang jalan Duta yang terletak di antara Jalan Kucing ke Tol Duta, ia baru sahaja kelihatan baru diturap.
Kalau selama ini jalannya menggerutu dan berlubang-lubang dan pecah di sana sini, kini jalan ini cantik selepas diturap.
Menurut seorang pekerja yang berulang alik dari rumahnya di Pahang ke Kuala Lumpur, sepanjang perjalanan beliau dari Maran ke Kuala Lumpur, banyak sekali jalan yang baru di turap.
“Maran, Temerloh bahkan juga sekitar Gombak, saya jumpa banyak sekali jalan yang sedang atau baru diturap.
“Saya rasa ini petanda kerajaan mempunyai duit sekarang,” kata beliau kepada Harapandaily.
Namun bagi seorang bekas kakitangan kerajaan, ia fenomena biasa selepas bajet diluluskan dan menjelang akhir tahun.
“Biasanya JKR akan menghabiskan peruntukan tahunan di hujung-hujung tahun ini tetapi fenomena menurap jalan tahun ini agak luar biasa.
“Saya rasa pun begitu, kerajaan ada duit sekarang,” kata beliau.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai media menyiarkan tanggapan positif tentang ekonomi negara.
Para pelabur berlumba-lumba mengumumkan cadangan pelaburan mereka ke negara ini. Ringgit Malaysia juga menjadi sangat baik berbanding mata wang lain di dunia ini.
Bank Dunia pula menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2024 kepada 4.9 peratus berbanding 4.3 peratus yang diunjurkan sebelumnya.
Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, berkata unjuran yang disemak semula itu ialah 0.6 mata peratusan atau 14 peratus lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelum ini, mencerminkan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan, pelaburan dan aktiviti perdagangan.
Katanya, Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dan pelaburan domestik yang kukuh pada separuh pertama tahun ini dan juga mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan dalam eksport.
Jelasnya, ringgit juga muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap asas ekonomi Malaysia.
BACA JUGA Maaf cakap, buat Datuk Bandar Kuala Lumpur Dr Maimunah….
Â