RM491 juta di bawah Rancangan Malaysia (RMKe-8) hingga ke RMKe-12 untuk melaksanakan Program Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) – KPKM

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Seminar Pemerkasaan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabatan Pertanian Tahun 2024 disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Acappella Suite Hotel, Shah Alam, Selangor. 12hb November 2024 (Selasa)

Tahun 2006 hingga September 2024, projek TKPM berjaya menghasilkan pelbagai jenis tanaman buah-buahan, sayur-sayuran serta tanaman ladang berjumlah 1,284,510 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM1.99 bilion – Dato’ Nor Sam Alwi

Penganjuran seminar ini merupakan platform yang ideal bagi semua pihak untuk berkongsi idea, ilmu dan strategi terbaik untuk mencapai agenda keterjaminan
makanan negara melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi selaras dengan objektif Dasar Agromakanan Negara, 2020-2030 (DAN 2.0) – Datuk Arthur,

Peruntukkan ini merangkumi pemberian insentif seperti penyediaan dan naik taraf infrastruktur dan kemudahan asas sedia ada meliputi kerja-kerja pembangunan kawasan, penyediaan infrastruktur asas seperti jalan ladang, sistem pengairan serta kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, perolehan peralatan pertanian, aplikasi IoT dan pertanian pintar, latihan dan pengembangan
komuniti tani, pemindahan dan juga adaptasi teknologi,

Pelancarkan Buku Garis Panduan
Pembangunan Projek TKPM

Penyampaian Anugerah Penyelaras Projek TKPM Terbaik Tahun 2023

Â