Inisiatif pengurangan garam, ini jumlah biaya dapat dijimatkan
Sebanyak RM60.06 dapat dijimatkan dalam bentuk perbelanjaan untuk tujuan perubatan bagi setiap RM1 yang dilaburkan untuk program intervensi kesihatan membabitkan pengurangan garam.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly, penjimatan yang disifatkan sebagai pulangan pelaburan (ROI) itu mampu diraih apabila KKM menjimatkan kos rawatan bagi penyakit disebabkan pengambilan garam tinggi, antaranya angin ahmar dan hipertensi.
Beliau menjelaskan bagi setiap RM1 dilaburkan dalam intervensi kesihatan awam pula, ROI RM5.93 mampu diraih bagi program kawalan tembakau, manakala RM6.64 bagi program aktiviti fizikal.
Jelasnya, pulangan melalui program intervensi kesihatan membabitkan pengurangan garam itu juga dapat diperoleh melalui penjimatan akibat ketidakhadiran (absenteeism) dan hadir tetapi tidak produktif (presenteeism) akibat penyakit disebabkan pengambilan melampau garam.
“Kalau KKM berbelanja dengan apapun yang terkait dengan program pengurangan garam, setiap RM1 yang kita belanja akhirnya seolah-olah kita mendapat RM60 pulangan, sama ada seseorang itu dapat mengelak penyakit ataupun absenteeism dan juga presenteeism.
“Keuntungan itu jelas, di mana setiap RM1 yang kita masukkan dalam tabung (program kesedaran dan kempen) ia memberi pulangan begitu besar,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.
BACA JUGA Bekas YDP Yadim tak gentar dikecam lepas tegur isu mimpi jumpa Rasulullah
Â