Cadangan mansuh subsidi minyak masak paket dah banyak kali dibincangkan tapi…

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak menafikan bahawa ketiadaan minyak masak paket bersubsidi di pasaran adalah disebabkan ketirisan dan ia telah dibincangkan beberapa kali.

Namun katanya, untuk melaksanakan pemansuhan subsidi minyak masak 1 kilogram itu terdapat risiko yang perlu ditanggung.

Tetapi kerajaan juga menanggung puluhan juta ringgit untuk menyediakan minyak masak tersebut, katanya.

“Memang dah dibincangkan beberapa kali sebab kita tahu bahawa ada risiko pelaksanaan dan kerajaan pula berhabis berpuluh juta untuk tiap bulan bagi menyediakan minyak paket bersubsidi tetapi minyak itu sama ada susah nak dicari ataupun dah ada di seberang (negara jiran).

“Kita semua sedia maklum isunya ialah ketirisan yang tak boleh disangkal lagi,” katanya dalam sidang media hari ini memetik Sinar Harian selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan.

Menurut Rafizi, perkara tersebut di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan menunggu pihak itu menunggu masa sesuai untuk membentangkan kepada Jemaah Menteri.

Sekarang mereka sedang melalui proses semakan bagaimana cara terbaik untuk memberikan subsidi minyak ini tanpa berlaku ketirisan yang besar kerana ketirisan itu sendiri akan menjadi beban kepada KPDN sebagai penguatkuasaan.

BACA JUGA Skandal rasuah ADUN Sabah, SPRM sahkan 5 YB telah dipanggil