‘Angkat seseorang ke tahap dewa sampai tak boleh disanggah’ – Pedas teguran Mohd Nakhaie
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) buat kesekian kalinya memberi teguran kepada segelintir individu yang mengagungkan pemimpin mereka sehingga tidak boleh ditegur.
Kata beliau, salah satu cara mengangkat seseorang ke tahap “dewa” adalah dengan meletakkan seseorang sebagai ulama yang tak boleh disanggah pendapatnya.
Jika disanggah, ia akan akan dianggap menghina ulamak dan membenci Islam
“Pada hal pendapat sesiapa pun boleh diterima dan ditolak secara ilmiah.
“Melainkan jika Rasulullah SAW, maka sabdanya yang sahih tidak boleh disanggah dan ditolak kerana baginda adalah maksum,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Mohd Nakhaie sejak minggu lalu aktif membuat teguran mengenai ketaksuban terhadap seseorang pemimpin terutama selepas kecoh mengenai seorang presiden parti Islam bermimpi bertemu Rasulullah SAW.
BACA JUGA Mahkamah cadang Mahathir, Anwar selesai saman secara mediasi
Â