Sah kes Tun Daim tidak diteruskan, pendakwaan tidak berniat teruskan prosiding

Bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan gagal mengisytiharkan lebih 70 harta selepas beliau meninggal dunia minggu lalu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana tertuduh meninggal dunia pada 13 November lalu.

“Saya perintahkan tertuduh, arwah Tun Daim dilepas dan dibebaskan.

“Mahkamah juga mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga dan semoga arwah ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Pada 27 Ogos lalu, pihak pendakwaan memohon agar Daim menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan beliau layak dibicarakan atau sebaliknya.

Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Isterinya, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid pula didakwa pada 23 Januari atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

BACA JUGA Restoran roti pau babi rupanya yang Mahathir ‘lawat’, tak pasal-pasal kena kecam

Â