‘Yang 32-0 tu tunggu duit masuk dari Persekutuan saja’

Kerajaan negeri Terengganu yang menyaksikan penguasaan sepenuhnya Perikatan Nasional (PN) di 32 kerusi DUN dilihat hanya menunggu duit masuk daripada Kerajaan Persekutuan.

Malah, dalam usaha memperkasakan pertanian dengan memanfaatkan sejumlah tanah terbiar di Terengganu juga memerlukan ‘campur tangan’ Putrajaya melalui Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Di Setiu, terdapat ladang keledek IPR INTAN yang terbesar di Terengganu dengan keluasan mencecah 75 ekar dan dibahagikan di dua kampung.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, peserta projek tersebut pada masa ini sedang mengusahakan 45 ekar tanah selepas ‘pilot test’ satu ekar meraih hasil sebanyak 2.8 tan.

“Insya-Allah, tahun depan selesai kesemua 75 ekar.

“Tanam keledek ni tak adalah renyah sangat macam tanam cili dan terung.

“Kebanyakan peserta pun buat part time saja. Kalau ada yang pergi MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia), dari sinilah keledek tu datang.

“Tahniah peserta semua!” kata Rafizi lagi sambal berkongsikan klip video berkaitan.

Rata-rata memuji baik prakarsa Kerajaan Madani dalam membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada golongan B40 dan miskin tegar.

Dalam masa sama, warganet mengecam kerajaan negeri termasuk dianggap ‘kelabu asap’ apabila tidak terkehadapan dalam membantu rakyat menjana pendapatan.

Bahkan, pemberian bonus kepada penjawat awam di Terengganu pun bergantung kepada sejauhmana Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan peruntukan yang dimohon.

“Nak beri bonus kepada pekerja pun minta dari (Kerajaan) Pusat.

“Siap nak tunggu peruntukan MOF untuk bagi bonus.

“Buat apa nak tanam. Duit ehsan ‘kan ada.

“Setiap kali terbang ke Kuala Terengganu, kita akan dapat lihat dari udara begitu luas sekali tanah terbiar tidak dimajukan. Elok tarik royalti minyak sebab ada PhD pun tak tahu bangunkan negeri. Lebih tidak bermaruah minta bonus pun dengan kerajaan Persekutuan. Bonus tu termasuk dia (Menteri Besar) dan Exco juga tu.

“Pilih pemimpin, pilih yang cerdik. Dah tahu silap pilih, pangkah lagi 32-0. Terserlah ketidakcerdikannya.

“Daripada MB bawa ke Exco gagal di Terengganu. Lebih baik ramai-ramai belajar tafsir mimpi je lah.

“Exco Pertanian pun asyik sindir orang saja. Kerja tak tau,” demikian antara sindiran dan kecaman warga maya.

BACA JUGA Ada AJP Nafas kaut hingga RM400,000, petani dapat apa?

Â