Disaran pergi memancing tenggiri dengan Ayoh Cik, bakal PM PN ditempelak isu bonus
Calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) terus ditempelak termasuk disaran memancing tenggiri dengan Ayoh Cik susulan isu bonus penjawat awam di Terengganu yang hanya akan diterima setelah diluluskan Kementerian Kewangan (MOF).
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi sasaran kecaman warganet apabila dilihat terlalu berharap dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan walaupun untuk bonus penjawat awam kerajaan negeri Terengganu.
Menteri Besar itu dalam masa sama turut dianggap seolah-olah sengaja ingin membangkitkan kebencian kakitangan awam negeri tersebut terhadap kerajaan Madani padahal Kerajaan Terengganu yang gagal menyediakan peruntukan negeri sendiri.
Malah, ada yang berpendapat lebih baik Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan jadi Menteri Besar Terengganu memandangkan Ahmad Samsuri tidak mampu beri bonus kepada penjawat awam negeri atas daya usaha sendiri.
Tidak kurang juga mengaitkan keputusan tidak bijak kerajaan negeri Terengganu yang melaksanakan pengecualian cukai pintu kediaman mengakibatkan kehilangan hasil sebanyak RM82.5 juta bagi tempoh 2018 hingga 2023.
“Dia nak buat isu saja tu kononnya kerajaan Madani zalim terhadap kerajaan negeri Terengganu dan buat modal kempen untuk PRU-16 nanti.
“Peruntukan dari kerajaan pusat tu datangnya dari rakyat. Apa kejadahnya rakyat nak bantu MB yang ada pendapatan ratus ribu sebulan. Itu belum kira tanah beli pada harga tak masuk akal murah.
“Terengganu hilang sebegitu banyak cukai pintu kediaman, duit tak ada mengemis dengan Kerajaan Pusat suruh bayar bonus penjawat awam Terengganu pula,” demikian antara pendapat warganet.
Pada 18 November lalu, Ahmad Samsuri tidak mengumumkan bonus untuk penjawat awam pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, jumlah bonus yang bakal diterima penjawat awam di negeri itu bergantung kepada kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF).
Menurutnya, situasi kewangan kerajaan negeri ketika ini perlu membuat permohonan kepada MOF untuk setiap perbelanjaan.
BACA JUGA Amaran banjir di Hulu Terengganu hingga 12 tengah malam esok
Â