Siapa danai kos lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara?
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru-baru ini telah didanai dengan subsidi sektor swasta yang turut menyertai delegasi beliau.
Syarikat-syarikat seperti Petronas, Sapura Energy, Yinson dan Proton menampung 70 hingga 80 peratus kos lawatan.
“Kita jemput syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan dan mereka membayar tambang dan kos.
“Kerajaan pula membantu syarikat-syarikat ini untuk mengimport atau mengeksport,” kata Anwar semasa sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat (PMQT).
Beliau berkata demikian ketika menjawab Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya berkenaan kesan kewangan dan hasil daripada lawatan-lawatan tersebut.
Anwar telah ke Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil dan Qatar sejak 9 Nov hingga semalam.
Beliau turut menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China Ke-7 di Shanghai.
Â