Dua tahun Kerajaan MADANI: Ini 11 perubahan besar Mat Sabu buat, nombor empat paling berjaya
Memasuki tempoh dua tahun pentadbiran MADANI, antara kementerian berperanan penting memastikan keterjaminan makanan negara adalah kementerian pertanian di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mohamad sejak mengambil alih kementerian itu telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menggalakkan perkembangan sektor pertanian supaya negara tidak terlalu bergantung kepada pengimportan makanan.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan terus mengorak langkah menyediakan yang terbaik walaupun menyedari ancaman perubahan iklim dan impak dari pandemik Covid 19 yang masih dirasai di beberapa sektor pertanian.
“Saya tahu, masih ada ruang untuk penambahbaikan dan semestinya seluruh warga KPKM akan terus komited untuk belajar serta memperbaiki diri.
“Apa yang penting, Kerajaan Madani akan sentiasa mendengar suara rakyat dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan adalah berpaksikan kepada keperluan dan kebaikan rakyat,” katanya.
Ini 11 usaha yang dilakukan KPKM sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
1. Memulakan usaha penanaman bawang secara besar-besaran bagi mengurangkan import bawang sehingga 30% pada tahun 2030. Sekarang ini negara perlu mengimport hampir 100% dari sumber luar.
2. Meningkatkan pengeluaran nanas lebih 100% – daripada 800 kontena pada Januari 2024 kepada 1,727 kontena pada Oktober 2024.
Peningkatan jumlah eksport yang ketara ini semestinya akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
3. Mengeksport durian segar ke Negara China – dan aktiviti ini dijangka akan menambah nilai eksport negara sehingga RM1.8 bilion pada tahun 2030.
4. Menstruktur semula subsidi ayam – dan hasilnya wang rakyat dapat dijimatkan hampir RM100 juta sebulan dan bekalan serta harga ayam terus stabil sehingga ke hari ini.
5. Memperbanyak dan memperluas program Jualan Agro Madani agar rakyat boleh mendapat akses bekalan makanan dengan penjimatan sehingga 30% daripada harga pasaran.
6. Meningkatkan jumlah bantuan Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan serta menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 per metrik tan kepada RM1,300 per metrik tan.
7. Meneruskan pemberian elaun sara hidup dan subsidi diesel kepada nelayan supaya kumpulan sasar ini terus mendapat sokongan dan dukungan daripada Kerajaan.
8. Memberi bantuan tunai bulanan melalui Skim Budi Madani Agro Komoditi supaya petani yang terkesan dengan penyasaran semula subsidi diesel mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan.
9. Memberikan Subsidi Beras Import kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan yang bernilai RM23 juta sebulan supaya dapat membantu penduduk di wilayah ini menyerap kesan kenaikan harga beras dunia.
10. Melaksanakan reformasi institusi untuk memperbaiki sistem pentadbiran jabatan dan agensi di bawah Kementerian ini.
11. Memulakan reformasi padi dan beras secara besar-besaran bagi meningkatkan SSR beras negara, memperkukuh penguatkuasaan dan menyusun semula sektor ini supaya lebih berdaya saing serta meningkatkan pendapatan para pesawah di negara ini.
BACA JUGA Dr Dzulkefly pastikan kebajikan jururawat terjaga walau bekerja 45 jam seminggu
Â