Lain macam tengok Ustaz Kazim ikut trend ‘old money’
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengejutkan pengguna media sosial selepas memuat naik penampilan terbaharu dengan gaya seperti trend “old money”.
Menerusi perkongsian di Instagram, penceramah itu bergambar dengan sebuah kenderaan jenis Mercedes berwarna putih dengan gaya yang tidak seperti kebiasaannya.
Beliau menarik perhatian kerana buat pertama kali tampil dengan imej berkepala botak dan berkaca mata gelap.
Gaya pakaiannya juga diubah mengikut trend “old money” yang diperkatakan ramai.
“Old money, old car, old man,” – demikian kapsyen ringkas yang ditinggalkan.
Fesyen ‘Old Money’ merujuk kepada gaya berpakaian yang memberi penekanan kepada kemewahan yang tidak mencolok, dengan pilihan pakaian dan aksesori yang klasik, elegan, dan lebih tersirat.
Gaya ini sering dikaitkan dengan keluarga kaya yang sudah lama bertapak dalam masyarakat, di mana kekayaan mereka tidak dipamerkan secara terang-terangan.
Fesyen Old Money lebih mengutamakan pakaian berkualiti tinggi, dengan gaya yang sophisticated dan minimalis, berbanding fesyen yang lebih moden dan berani.
Fesyen ini menjadi perhatian selepas seorang pempengaruh TikTok cuba mengikuti trend tersebut tetapi tidak diterima ramai.
Sementara itu ramai mengakui terkejut dengan perubahan imej Ustaz Kazim selain mengakui terhibur kerana beliau mengikuti trend terkini yang menjadi perbincangan hangat.
Perkongsiannya sehingga kini meraih hampir 12k tanda suka.
BACA JUGA Dua tahun Kerajaan MADANI: Ini 11 perubahan besar Mat Sabu buat, nombor empat paling berjaya
Â