Hasbie Pengerusi PH Terengganu baharu ganti Raja Kamarul
Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu sebulat suara bersetuju melantik Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Mohd Hasbie Muda sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu baharu bagi sesi 2024-2025.
Pelantikan itu sekaligus menggantikan kepimpinan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Sementara itu, Ahmad Nazri Mohd Yusof dari PKR dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PH negeri.
Pengerusi DAP negeri, Cheong Siow Foon dilantik ke jawatan sama bersama Ahmad Nazri.
Naib Pengerusi pula disandang Mohd Zukeri Embong (AMANAH); Datuk Dr Mohd Johari Mohamad (PKR); dan Ng Chai Hing (DAP)
Setiausaha PH Terengganu ialah Mohd Ridhuan Embong.
Manakala bagi jawatan Penolong Setiausaha, ia disandang Nurul Adeeba Ismail (PKR) dan Ong Vel Leng (DAP).
Bendahari pula Dr Lee Lai Hsiang (DAP).
BACA JUGA Buat malu orang Kedah, KDA FC dipersoal guna ‘influencer’ pondan buat promosi
Â