puTERA35 kesinambungan WKB2030? soal Mahiaddin di Dewan Rakyat

Keberkesanan puTERA35 sebagai sauh ekonomi Bumiputera dan peruntukan RIBI merupakan antara isu utama yang dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat bermula dengan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) bertanya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan statistik permohonan dan kelulusan projek dan jumlah yang dibelanjakan untuk untuk rumah ibadat bukan Islam (RIBI) mengikut negeri untuk tahun 2023 dan 2024.

Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN-Pagoh) pula bertanya Menteri Ekonomi bagaimana kerajaan memastikan keberkesanan hala tuju ekonomi Bumiputera di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (puTERA35) dan sama ada ia menjadi kesinambungan Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang diperkenalkan olehnya.

Fawwaz Jan (PN-Permatang Pauh) pula bertanya Menteri Kerja Raya berkenaan ketidakcekapan system RFIB di lebuhraya dan usaha penyeragaman sistem bayaran tol.

Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) menerusi RUU persendirian mengusulkan agar Labuan diserahkan kembali kepada Sabah.

Satu RUU berkaitan kewangan dan tiga berkaitan cukai dijadualkan untuk bacaan kali kedua. Ini adalah selain daripada pindaan RUU industri perkhidmatan air.

RUU Mufti, pentadbiran undang-undang Islam dan tatacara mal mahkamah syariah kini di tangga keenam hingga lapan senarai RUU untuk bacaan kedua.

Â