‘Hantar pelajar sekolah pun boleh jadi MP’, PN terus menyalak isu tajaan lawatan PM

Perikatan Nasional (PN) terus dihujani kecaman selepas sekali lagi mempersoal isu penajaan dalam lawatan kerja Perdana Menteri (PM) dan para pegawai tertinggi kerajaan ke luar negara baru-baru ini.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mewakili Ahli-ahli Parlimen PN berkata, Sapura dan Yinson merupakan dua syarikat yang bermasalah dan menimbulkan tanda tanya berhubung penglibatan mereka dalam penajaan lawatan kerja itu.

“Sapura adalah anak syarikat PNB yang sedang bergelut dengan masalah kewangan kerana mereka sudah terjerumus ke dalam lembah PN17.

“Apa rasional dan relevan untuk kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta tajaan mereka bilamana Sapura sendiri sedang tenat dari segi kewangan?” soalnya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa Sapura dan Yinson yang menaja perbelanjaan luar negara untuk delegasi Perdana Menteri mempunyai masalah dan “kepentingan-kepentingan tertentu”.

Menurutnya, penajaan itu boleh mendedahkan kepada ancaman salah guna kuasa dan rasuah jika tatakelola yang tidak betul dikenal pasti oleh pihak penguasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rata-rata meluahkan kecaman terhadap PN dengan menyifatkan blok pembangkang itu sebagai gagal memainkan peranan lebih bermanfaat kepada rakyat.

“Bosan. Sudah dua tahun (PN jadi pembangkang) langsung tiada kritikan yang membina. Macam ini, tak perlu nak jadi MP. Hantar pelajar sekolah pun boleh jadi MP.

“Balik dari China terus dengan sikap mulut laju daripada akal,” demikian antara cemuhan warga maya.

BACA JUGA Ini sebabnya Belanjawan 2025 mampu melonjak ekonomi negeri kedua terkecil di Malaysia

Â