Tular video bantuan JKM ditukar ke plastik berlogo Pas, benarkah?

Tular klip video bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa banjir telah dibungkus semula menggunakan beg plastik berlogo Pas.

Menerusi rakaman berdurasi 16 saat yang tersebar di media sosial itu, kelihatan dua individu sedang memunggah sejumlah mi segera dalam cawan ke dalam plastik berlogo parti pembangkang itu.

Kedua-dua individu berjaket jingga dan perakam video kedengaran ketawa kecil sambil memindahkan mi segera itu.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang tidak diketahui lokasinya di mana.

Setakat ini, pihak JKM belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung klip video tersebut.

Untuk rekod, setakat jam 8.50 malam tadi, terdapat 654 PPS dibuka di sembilan negeri bagi menampung 138,405 mangsa daripada 41,635 keluarga.

Paling teruk terjejas adalah Kelantan dengan jumlah 86,206 mangsa daripada 26,939 keluarga yang sedang ditempatkan di 253 PPS.

BACA JUGA Baca tanpa ada gagap langsung, ramai puji aktres ini lancar hafal Al-Mulk

Â