Negeri banjir tapi pemimpin PN sibuk berkonvensyen buat ramai bengang

Konvensyen Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berlangsung semalam dalam keadaan sembilan negeri dilanda banjir mengundang pertikaian ramai.

Banyak klip video berkenaan perhimpunan agung parti itu yang dihadiri kebanyakan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) disebarkan pengguna media sosial.

Pemimpin Pas juga dilihat dalam konvensyen tersebut sekaligus mengundang lebih banyak kritikan terhadap pembangkang.

Mengimbas kembali pada 2021, AMANAH pernah menangguhkan konvensyen nasional parti itu kerana banjir besar biarpun persiapan konvensyen sudah dibuat.

Kelmarin pula, PKR mengumumkan penangguhan konvensyen parti itu yang dijadual berlangsung pada 15 Disember depan demi membantu mangsa banjir terjejas.

Susulan itu pengguna membandingkan dengan tindakan Bersatu yang tetap meneruskan konvensyen dan berpolitik walaupun keadaan sedang “kritikal”.

Mereka melabel Pas dan Bersatu sebagai tidak sensitif dengan musibah yang melanda rakyat.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak terlepas dikritik kerana dilihat berada pada konvensyen berkenaan.

“Ketika rakyat Terengganu menghadapi kesusahan dikala musim banjir bertandang, MB Terengganu boleh menghilangkan diri.

“Beliau menghadiri konvensyen Parti Bersatu? Sedari diri sikit MB, MB tu bermaksud Menteri Besar,” ciap pengguna bernama @rifkiamal11.

BACA JUGA Tular video bantuan JKM ditukar ke plastik berlogo Pas, benarkah?

Â