Soalan panas berkait Najib Razak akan dijawab Perdana Menteri hari ini
Kenaikan premium insurans perubatan dan kewujudan Titah Adendum membabitkan permohonan pengampunan oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak antara dua soalan panas yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat sekejap lagi.
Mengikut Aturan Mesyuarat, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) akan memulakan soalan pertama meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40% hingga 70% dan inflasi kos perubatan negarasebanyak 12.6% tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6%.
Dalam sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pula meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan kerajaan berkenaan kewujudan Titah Addendum yang berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Januari 2024 yang melibatkan permohonan pengampunan Najib Razak.
Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) pula pada sesi soal jawab meminta Menteri Ekonomi menyatakan pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol dan menjelaskan pendekatan yang akan diambil kementerian bagi memastikan golongan terkesan menerima bantuan sewaja
Â