Isu bendera China: Razman Zakaria minta maaf secara terbuka kepada Nga
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria merangkap Ketua Pembangkang Perak dan ADUN Gunung Semanggol telah membuat permohonan maaf terbuka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ekoran kenyataan Razman bahawa Nga terlibat dalam acara Guan Gong di Teluk Intan di mana bendera China telah dikibarkan.
Razman telah membuat dakwaan tersebut dalam kenyataan bertarikh 25 Oktober bertajuk “Siasat tindakan provokasi”.
Setelah dibuat penelitian dari sumber maklumat ternyata Nga tidak berada dalam program perarakan yang mencetuskan kontroversi tersebut,” akui Razman.
“Siaran media bertarikh 25 Oktober tersebut telah ditarik balik bagi memenuhi syarat permohonan maaf yang ditawarkan.
Sehubungan dengan itu, saya perturunkan pernyataan seperti yang dituntut dan disediakan oleh pihak Nga sebagai tanda permohonan maaf dan kekesalan atas kenyataan media yang terhasil dari kekeliruan maklumat yang diterima.
Razman turut mengakui kenyataan yang dibuat olehnya itu bertujuan untuk memberikan gambaran yang negatif terhadap Nga.
“Saya mengaku bahawa dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar dan langsung tidak berasas.
“Saya meminta maaf tanpa apa-apa rizab kepada Nga untuk segala penderitaan dan rasa malu yang diakibatkan kepadanya disebabkan dakwaan-dakwaan ini.”
Â