Ahmad Samsuri letak jawatan bendahari agung PN
Naib presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah meletakkan jawatan sebagai bendahari agung Perikatan Nasional (PN).
“Assalammualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar, telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas, lapor media rasmi Pas, Harakah Daily.
Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengurusan PN berhubung perkara ini. Punca perletakan jawatan ini juga masih belum didedahkan secara rasmi oleh Dr Ahmad Samsuri atau mana-mana pihak berkepentingan dalam PN.
Sebarang spekulasi mengenainya jug masih belum disahkan.
PN dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Peletakan jawatan ini agak mengejutkan memandangkan Ahmad merupakan pimpinan tinggi dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman.