JPS keluarkan ramalan banjir di Kelantan bermula 16 Disember
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari in mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dengan 10 jajahan dijangka dinaiki air bermula 16 hingga 19 Disember ini.
Menerusi laman web public InfoBanjir, lokasi terbabit melibatkan lembangan-lembangan sungai di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah dan Bachok.
Turut dijangka ditenggelami banjir dalam tempoh sama adalah lembangan sungai di Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Menurut JPS, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan.
Ramalan awal banjir di Kelantan itu susulan amaran hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
BACA JUGA Hujan berterusan 4 hari bakal melanda Kelantan, Terengganu