Kongres khas PKR hari ini. Kenapa?
PKR mengadakan kongres khasnya hari ini di Shah Alam untuk meminda perlembagaan parti.
Pindaan tersebut melibatkan perubahan dalam proses pemilihan enam jawatan tertinggi parti.
Ini bermakna system satu ahli satu undi tidak akan terpakai untuk jawatan presiden, timbalan presiden dan empat naib presiden.
PKR akan memulakan system perwakilan dan memberikan hak mengundi kepada 30,000 perwakilan.
“Jadi satu perbincangan yang mendalam (diadakan) kerana kita mendapati anggota di akar umbi itu mungkin tak kenal secara mendalam satu-satu pemimpin
“Katalah nak pilih naib presiden, mungkin kenal nama, tengok dari jauh, tahu pandai bercakap, tapi dia tak tahu kemampuan orang itu dari segi delivery, turun padang dan sebagainya.
“Jadi tak adil kalau setiap anggota itu mengundi,” kata setiausaha agung PKR Fuziah Salleh, lapor Malaysiakini.
Sistem perwakilan juga akan digunapakai di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Sistem satu ahli satu undi dikekalkan di peringkat cawangan.
Usul yang dicadangkan MPP lewat hari ini, katanya, bertujuan menambah bilangan perwakilan yang mempunyai kuasa mengundi kepada 116 setiap cawangan.
Angka itu termasuk 46 ahli jawatankuasa cawangan dan sayap yang dipilih, yang boleh menghadiri kongres tahunan secara fizikal, serta 70 perwakilan yang akan membuang undi dalam talian.
Cawangan yang mempunyai lebih daripada 3,000 ahli akan layak mendapat 10 perwakilan tambahan bagi setiap 1,000 ahli, kepada maksimum 156.
Kuota juga akan diperkenalkan untuk memastikan setiap jantina dan etnik diwakili di peringkat cawangan.
Mandatori 30 peratus perwakilan wanita akan dikenakan.
Â