Setpol Anwar sekolahkan Wee berhubung prinsip undang-undang
Setiausaha politik (setpol) Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim menyekolahkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkenaan prinsip undang-undang subjudis.
Ini ekoran tindakan Wee yang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar yang menangguhkan penjelasan beliau berhubung titah addendum Sultan Pahang yang menyokong agar mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman tahanan rumah.
Wee telah menggunakan hujah mantan peguam negara Tommy Thomas bahawa prinsip subjudis tidak terpakai kerana sistem kehakiman kita tidak menggunakan juri.
“Sejak bila “sub judice rule” telah dimansuhkan dalam sistem perundangan negara ini?” soal Kamil menerusi X.
“Apakah Tommy Thomas peguam negara pada ketika itu telah memansuhkan peraturan subjudis dan Ka Siong memilih untuk menggunakan pendangan Tommy Thomas berbanding pandangan peguam negara sekarang untuk menjadi juara dengan mendesak perdana menteri untuk terus mengulas hal yang sedang dibicarakan?”
“Apakah Ka Siong terlalu terdesak sehingga terpaksa mengolah peraturan perundangan mengikut selera tekak sendiri?
“Istana Pahang sendiri memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenapa Ka Siong perlu bertindak lebih sudu dari kuah dalam hal ini?
“Kita faham mungkin ini salah satu percubaan Ka Siong untuk terus kekal relevan dimata beberapa pihak dengan terus menerus mendesak perdana menteri meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat oleh perdana menteri.
“Lupakah Ka Siong bahawa Najib Razak dipenjara ketika zaman PM Ismail Sabri dan beliau ketika itu tidak selantang ini dalam membela Najib?
“Negara ini negara hukum. Ada proses dan peraturannya. Justeru hormat proses ini.”
BACA JUGA: Kongres khas PKR hari ini. Kenapa?
Â