FOTO BERITA | KPDN lancar Program Jualan Rahmah Madani Krismas 2024 di seluruh negara – Armizan

FOTO BERITA: Majlis Pengumuman Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 dan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Krismas oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di UTC Sentul, Bangunan UTC, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. 20 Disember 2024 (Jumaat)

14 jenis barangan kawalan bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Krismas selama 5 hari

Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti ketersediaan penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah dan faktor-faktor lain-lain.

Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada rakan strategik Kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi Kerajaan dan pemain-pemain
industri

SHMMP Krismas 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat. Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Krismas 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web KPDN di www.kpdn.gov.my.

Â