Lain macam gigih anak muda berasak demi nak beli baju
Tular di media sosial deretan anak muda majoritinya lelaki berasak dan beratur demi mendapatkan baju daripada satu jenama terkenal.
Menerusi klip video yang tersebar, kelihatan gadis bertudung turut berada dalam barisan panjang di Kuala Lumpur itu.
Rata-rata terkejut dengan suasana itu yang menggambarkan kemampuan kewangan yang dimiliki orang ramai ketika pembangkang menyalak kononnya rakyat terbeban dengan kos sara hidup.
Dalam masa sama, ada yang menganggap kalangan mereka mungkin gigih mahu mendapatkan baju itu untuk tujuan ‘scalper’ iaitu menjualnya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda tinggi.
Difahamkan, baju yang menjadi rebutan dan dijual dengan harga tinggi itu merupakan produk jenama tempatan.
Walau bagaimanapun, trend barangan jenama tempatan yang dijual dengan harga premium seperti harga produk antarabangsa turut mengundang rasa kecewa warganet.
“Lama dah follow local brand ni tapi yang banyak beratur tu semua nak jual balik lepas tu markup gila babi.. dapat retail +200 gila ka apa… Baik beli jenama luar. Kita nak support local brand kita tapi harga serupa supreme atau brand international,” kata pengguna Facebook Ah Zann.
BACA JUGA PM Anwar puji Erdogan isu perjuangan rakyat Palestin