Nanostix Cadang Haramkan Cecair Vape Import Demi Keselamatan Pengguna

FOTO BERITA: Nanostix Innovations Sdn Bhd (Nanostix) mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berhubung kemungkinan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape di Malaysia.

Pengarah Nanostix Innovations Shahabudeen Jalil, menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penguatkuasaan terhadap produk vape haram daripada mengharamkan keseluruhan industri tempatan.

Belau menekankan bahawa cecair vape yang mengandungi bahan terlarang berasal dari sumber import tanpa kawalan, membahayakan pengguna dan menjejaskan industri tempatan yang sah. Syarikat itu turut menegaskan bahawa mereka beroperasi mengikut peraturan dan telah menyumbang lebih RM60 juta dalam cukai pada 2024.

Menurut belau, kerajaan mengharamkan pengimportan cecair vape, meningkatkan kawalan sempadan, dan mengetatkan penguatkuasaan terhadap produk tidak berdaftar bagi melindungi pengguna serta memastikan persaingan adil dalam industri.