Isu menarik di Dewan Rakyat

Terdapat beberapa isu menarik di Dewan Rakyat yang dibangkitkan oleh ahli parlimen hari ini.

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN) mempersoalkan usaha kerajaan persekutuan dalam menyelesaikan konflik Myanmar yang telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mencadangkan agar keanggotaan Myanmar digantung dibuat di peringkat Asean.

Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai-PN) mempersoalkan peranan Kementerian Pengangkutan dalam memastikan Projek Kedah Aerotropolis diteruskan demi meningkatkan aktiviti di Selatan Kedah.

Isu ini menarik kerana Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa syarikat pemaju projek telahpun menarik diri dan tiada kertas kerja diserahkan oleh pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Gobind Singh Deo (Damansara-PH) pula menanyakan samada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengeluarkan garis panduan untuk premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perkhemahan di kawasan cerun.

Persoalan ini dibangkitkan susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan nyawa ramai orang.

BACA JUGA: Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini