“Ramadan mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan dan keprihatinan terhadap sesama insan” – Wan Azizah

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Program Sumbangan Kasih Madani dan pengagihan bubur lambuk oleh YB Dato’ Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Turut Hadir YBhg Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri di Surau Al-Mustaqimah Taman Jaya Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.

Bandar Tun Razak, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, telah merasmikan Program Sumbangan Kasih MADANI dan Pengagihan Bubur Lambuk yang berlangsung di Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya. Program ini diadakan bagi menyantuni masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan.

“Ramadan adalah bulan yang mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan dan keprihatinan terhadap sesama insan. Saya berharap sumbangan kecil yang diberikan hari ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta membawa kegembiraan menjelang Syawal,” katanya dalam ucapan tersebut.

Beliau turut mengajak semua yang hadir untuk melipatgandakan amalan kebajikan dan ibadah dalam baki hari-hari terakhir Ramadan. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan dan pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Program ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta pengagihan bubur lambuk kepada penduduk sekitar. Kehangatan suasana dan semangat gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan peserta, mencerminkan nilai sebenar kebersamaan dalam komuniti Bandar Tun Razak.

Seramai 200 orang penerima sumbangan Kasih Madani oleh YB Dato’ Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Surau Al-Mustaqimah Taman Jaya Bandar Tun Razak

Seramai 200 orang penerima sumbangan Kasih Madani oleh YB Dato’ Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Surau Al-Mustaqimah Taman Jaya Bandar Tun Razak


w



