Ringgit kini mata wang keempat terbaik berbanding negara pesat membangun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar Malaysia yang memberangsangkan.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4340/4410 berbanding dolar AS daripada 4.4355/4390 ketika ditutup semalam.
Menurut Bernama yang memetik data Bloomberg, ringgit Malaysia adalah keempat terbaik dalam kalangan mata wang negara sedang pesat membangun, menyusuli yen Jepun, dolar Singapura dan renminbi China luar pesisir.
Sebaliknya, mata wang negara rakan setara utama Indonesia dan Turki menghadapi penjualan ketara minggu lepas, menjejaskan sentimen merentas kelas aset.
Memetik Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit kekal berdaya tahan, meningkat 0.85 peratus setakat ini bagi tahun ini selain disenaraikan sebagai mata wang keempat berprestasi terbaik di Asia.
Awal dagangan hari ini, ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit turut didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
BACA JUGA Beras tempatan banyak di pasaran tapi tak laku pula, kenapa?