Ahli Umno sertai Amanah: Akan runding dulu – Salahuddin

Ahli Umno sertai Amanah: Akan runding dulu – Salahuddin

Amanah akan berunding dahulu bersama Umno sekiranya terdapat ahli parti itu yang dipecat memohon untuk menyertai mereka.

Hal itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya tindakan tersebut perlu dilakuakn bagi menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan.

“Kita kena libat urus dahulu dengan Umno, berjumpa dan berunding kalau kita rasa perlu.

“Macam ingin bertunang, mesti kita runding dahulu, bagaimanapun (rundingan) hanya dibuat kalau perkara itu berlaku,” katanya dipetik Bernama.

Bulan lalu Umno memecat beberapa orang pemimpin kanannya termasuk bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu Umno turut memecat lima ahli dari Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua ahli Umno Tanjong Karang serta 26 anggota dari Pahang.

Spekulasi bertiup kencang ahli Umno yang dipecat sama ada akan mencuba menyertai PKR atau Amanah bagi meneruskan kejaya politik masing masing, malah mungkin untuk menawarkan diri sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan selewatnya pada Jun ini.

BACA JUGA Perangi ‘pemangsa’, suspek kes amang seksual mesti digantung tugas

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )