Ahmad Sabki dilantik pengerusi baharu SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan pelantikan Ahmad Sabki Yusof sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Ahmad Sabki, 51, yang menggantikan Azman Mohd Yusof berkelulusan undang-undang memiliki sarjana Pentadbiran Perniagaan dan sarjana Perbandingan Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial serta pernah memegang jawatan utama di pelbagai syarikat, organisasi dan firma guaman berkaitan undang-undang komersial, pengurusan, tadbir urus korporat, pematuhan serta pengurusan risiko.

BACA JUGA Belanjawan Madani 2023 berpotensi raih sokongan pengundi