Aksi Malaysia-Thailand malam ini: 14 skrin besar di seluruh negara

Orang ramai boleh menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini menerusi 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara.

Dataran Merdeka di ibu negara dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, pihaknya bersama Kementerian Perpaduan Negara, mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat menikmati aksi tersebut.

“Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir,” ciapnya di akaun Twitter beliau.

Inisiatif kerajaan ini penyokong bola sepak tanah air yang gagal membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan itu selepas semua 59,000 tiket bagi aksi malam ini telah habis dijual secara dalam talian dalam tempoh kurang 24 jam.

Senarai 14 lokasi tayangan besar:

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak

5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

7. Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang

8. Dataran Stadium Kajang

9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan

11. Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka

12. Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang

13. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak

14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah