
Amanat Haji Hadi punca pemikiran takfiri Pas
Oleh AHMAD MURSI
Bila baca dan dengar dalil Haji Hadi, anda akan dapati hujahnya berasaskan dalil yang bersifat zonni (spekulatif).
Maksudnya, bukan Hadith atau ayat Al-Quran yang qat’iy (pasti), contohnya, “Undi Pas wajib dan hanya Pas parti Islam di dunia”.
Sebab itu, Haji Hadi sentiasa gunakan sirah atau nas atau kaedah umum ikut pemahamannya untuk keluar hukum “Wajib undi Pas dan puaknya. Yang lain haram”. Baginya ini proses ijtihad.
Tidak seperti hukum wajibnya solat, hukum berkaitan politik ini sangat luas dan berubah-ubah. Nas umum. Lain ulama, lain fahamannya.
Dulu pertahan ‘Perlembagaan Lord Reid’ jatuh kafir, kini Pas pertahan Perlembagaan yang sama. Maksudnya, hukum dibuat adalah spekulatif, bukan mutlak.

Abdul Hadi Awang
Saya tidak nafikan keilmuan Haji Hadi. Isunya ialah kerap berlaku kegelinciran dalam kalangan ilmuan sebab itu wujud status ulamak su’ dalam Islam.
Abdulrahman bin Muljam, pembunuh Saidina Ali bukan orang yang tiada ilmu. Dia penulis wahyu Rasulullah SAW dan guru al-Quran zaman khalifah tetapi menjadi khawarij membunuh sahabat kesayangan Nabi sebab ghuluw dan takfiri.
Masalah timbul apabila Pas menganggap ijtihad dan puaknya sahaja paling Islam manakala yang lain sesat, kafir, liberal dan musuh Islam. Inilah pemikiran khawarij.
Apabila Mufti Pulau Pinang kata, “Tak berdosa tolak parti Islam rekaan manusia,”, itu ijtihad berasaskan ilmu dan kelayakannya. Pas tidak perlu mencemuhnya kerana Islam bukan hak milik mutlak ustaz Pas.
Imam Shafie boleh berlapang dada dengan pandangan Imam yang lain, inikan pula ‘ulama Pas’ yang entah betul entah tidak mencapai tahap ulama’.
BACA JUGA Perkukuh naratif Islam, kita tiada masa yang mewah