Anak muda ‘jahil’ undi PN: KP anggap hina tapi Hadi mahu begitu

Reaksi Ketua Pemuda (KP) Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilihat hanya ‘memakan diri’.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas menganggap PH memandang hina anak muda yang memilih PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Hinanya anak-anak muda yang undi Perikatan Nasional pada pandangan mata mereka,” tulisnya ringkas menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Saifuddin ketika taklimat pada Konvensyen PH di Sungai Petani kelmarin.

Menurut Saifuddin, anak muda yang kurang berpelajaran dan menunggang motosikal ke sana sini hanya mengundi PN.

“Peratus pengundi muda dan medium pendapatan maknanya purata pendapatan, kita dapati bahawa semakin tinggi pelajaran semakin stabil pendapatan dia.

“Pada PRU-15, depa (mereka) ni undi kita (PH).

“Mana hat pelajaran tak berapa tinggi, pendapatan tak berapa tetap hat tu, hat naik motor sana sini bagi (undi) kat Perikatan (Nasional). Dia (data) tunjuk lagu (macam) tu,” katanya.

Walaupun Ahmad Fadhli cuba untuk mempersoal kenyataan Saifuddin tetapi presiden partinya sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang memang mahukan sokongan golongan muda yang ‘jahil’ agama dan politik.

Semasa ucapan dasar sempena Muktamar Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di Alor Setar, pada 3 September 2022, Abdul Hadi berkata, Pas perlu memberi tumpuan kepada anak muda terbabit yang menjadi penentu kemenangan parti.

BACA JUGA ‘Jangan berlumba dengan Pas, PH bawa Islam Rahmah bangunkan rakyat Malaysia’