Anwar akan jawab di mahkamah saman malu Dr Mahathir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas dalam pendirian untuk menjawab perkara yang ditimbulkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi saman malu bernilai RM150 juta yang telah difailkan hari ini.
“Pendirian anak guam kami seperti mana jawaban terhadap surat tuntuan Mahathir, yang dihantar kepada kami pada Mac,” kata Alliff Benjamin Suhaimi, daripada firma Thomas Philip, yang membela perdana menteri dalam saman itu.
Ini adalah ulangan sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini pada 17 April.
Dr Mahathir telah memfailkan saman ekoran dari kenyataan Anwar yang mendakwa Mahathir memperkayakan ahli diri keluarga selain dari bersikap perkauman.
Bekas perdana menteri itu menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan ganti rugi teladan RM100 juta.
Semasa kongres PKR pada 18 Mac, Anwar merujuk kepada Mahathir tanpa menyebut nama beliau.
BACA JUGA: Nak suruh saya gaduh dengan Mahathir lagi apa pasal