Anwar hadir Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching pagi ini untuk menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah.

Perdana Menteri berharap kerjasama dengan kedua-dua kerajaan negeri itu dapat menghasilkan keputusan terbaik.

“Insya-Allah, doakan yang terbaik dari kerjasama persahabatan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pagi ini.

Terdahulu Anwar bergambar bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Azmizan Mohd Ali.

Anwar dalam rangka lawatan kerja sulung ke Sarawak sejak semalam.

BACA JUGA: Hormati hak Sarawak dan Sabah, isu tertangguh mampu diselesai – Anwar