Anwar PM pertama hadiri Qiamullail Perdana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Qiamullail Perdana di Masjid Putra pada awal pagi hari ini.
Kehadiran beliau yang juga Menteri Kewangan dalam majlis itu sekaligus mencatatkan rekod sebagai Perdana Menteri pertama yang berqiamullail bersama rakyat.
Majlis pada 24 Ramadan ini juga disiarkan secara langsung menerusi TV AlHijrah saluran 114 dan Facebook rasmi JAKIM.
Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
“Semoga Allah SWT menerima ibadah dan amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook sambil menyertakan terjemahan ayat 79, Surah Al-Israa’.
BACA JUGA PM ziarah Terengganu hari ini, tadi qiamullail di Putrajaya, semalam di utara