Apa kita boleh belajar dari kembara Agong, Permaisuri?

Apa kita boleh belajar dari kembara Agong, Permaisuri?

Oleh LIYANA MARZUKI

Kembara Yang di-Pertuan Agong dan keluarga ke Borneo tamat 13 September lalu. 11 hari memandu Land Cruiser meliputi 2,154 km di Sabah dan Sarawak.

Ia milestone baru buat Malaysia. Bila politik memecah-belahkan kita, bangkit seorang figura, melawan arus, mencemar duli.

Tekad untuk berjumpa rakyatnya. Baginda simbol penyatuan. Tunjukkan bagaimana orang kayangan boleh membumi, menyantuni marhaen dengan semangat ihsani.

Impaknya baik sekali. Jalan diturap, bangunan dibaiki. Untuk kunjungan Raja.

Rakyat pelbagai etnik sambut Agong dan keluarga. Ada yang sampai bagi duit dan makanan, berderet untuk berswafoto.

Sampai hilang protokol, dipanggil Abang Agong, Pakcik Agong, ada yang selamba panggil Gong, Gong, Gong. Baginda hanya tersenyum.

Permaisuri pula tiada ganti. Ikut irama turut menari. Gelak tawa tak pernah lekang. Buat rakyat senang.

They’ve set the bar high for the next King and Queen. Itu sudah pasti.

Apa yang lain boleh belajar?

Kalau Raja pun boleh membumi, siapalah kita ini?

Mereka yang buat polisi negara, tak kira pegawai atau Menteri, turunlah ke bawah. Jangan duduk di Ivory Tower sahaja.

Contohnya, mereka yang buat belanjawan dan polisi ekonomi, pergilah ke pasar-pasar awam, risik apa jadi. Betulkah harga barang ok, barang cukup sekali? Peniaga kita macam mana? Ok ke tidak?

Pergi ke Chow Kit dan pasar borong seluruh negara, adakah rakyat kita dipelihara. Atau orang lain sudah take over?

Agar kita buat polisi kena gaya dan tempat, agar pelaksanaannya tepat dan mampat.
Banyak kita belajar dari Raja kita di kala Malaysia huru-hara, politik punya angkara.

Kembara ini bawa sinar baru buat Malaysia. Raja dan Rakyat berpisah tiada.

BACA JUGA Anwar: Keluhan rakyat Sabah, Sarawak kepada Agong, Permaisuri akan diselesaikan

COMMENTS

Wordpress (0)