Apa motif pemuda Pas berarak bawa senjata tiruan?

Himpunan Pemuda Islam Terengganu anjuran Pas semalam tidak seharusnya mengandungi unsur yang boleh dianggap provokasi.

Menurut pemimpin Amanah Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali (Syam Ghaz), tindakan Pemuda Pas berarak ke Tapak Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 yang bertempat di Bari Beach Indah Resort, Setiu itu dengan membawa replika senjata seperti pedang dan tombak tidak sewajarnya dilakukan di tengah tengah kehangatan suhu politik menjelang Pilihan Raya Negeri yang dijangka pada Jun depan.

“Kita dah nak berperang ke?

“Jika tengok kepada aturcara, program ini lebih kepada himpunan ahli Pas. Bukannya sambutan Israk Mikraj (sebagaimana dinyatakan),” katanya dalam catatan di Facebook.

Syam Ghaz

Menurut Syam Ghaz lagi, himpunan seperti itu sekiranya dilakukan oleh pihak saingan politik Pas sudah pasti akan dibuat laporan polis atau dibantah secara berjemaah.

“Jika orang lain buat, comfirm kena report polis dan maki berjemaah.

“Buat perarakan motor sepatutnya dah cukup. Bagi saya Pemuda Pas tidak patut buat perarakan seperti ini, nampak seperti ada unsur unsur mengugat ketenteraman awam, walaun pun benda itu (senjata) tiruan,” katanya.

Menurut beliau lagi, unsur provokasi seperti itu mungkin boleh disiasat di bawah Seksyen 7 (1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 sekiranya dibuat laporan polis.

BACA JUGA Dr Malar hairan kenapa semua penyakit mahu dikaitkan dengan makanan