‘Apa Peja buat selama ini?’, Peminat sukan tertanya selepas Hannah Yeoh beli kanvas stadium

Warganet terutama peminat sukan memuji Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh susulan pengumumannya bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kini sudah mempunyai kanvasnya sendiri buat pertama kali setelah berpuluh tahun tidak mempunyai kemudahan itu.

Peminat sukan turut memuji kesungguhan Ahli Parlimen Segambut itu yang menyatakan kesungguhan mahu membawa perubahan dan penambahbaikan fasiliti terhadap padang SNBJ.

Sebelum ini, padang stadium dilapor rosak teruk ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 sehingga pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dikecam kerana menggunakan penyodok untuk mengeluarkan air daripada permukaan padang.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan Menteri Belia dan Sukan sewaktu pentadbiran kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dikritik kerana menyebabkan SNBJ yang berada di bawah pengurusan KBS dilihat terlalu ‘miskin’ atau tidak mempunyai sumber kewangan bagi memastikan padang stadium berada dalam keadaan ‘baik’.

Mengimbas perlawanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Laos pada 24 Disember tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang stadium skuad Harimau Malaya itu.

Selain itu ketika perlawanan Perlawanan Akhir Piala FA 2022 antara JDT menentang Terengganu pada September tahun lalu, TMJ turut meminjamkan kanvas milik Stadium Larkin kepada Stadium Bukit Jalil.

@harianbecok

Punyalah teruk dulu tiap kali hujan, padang basah macam banjir. Dapat ke Hannah Yeoh jadi Menteri, terus ada inisiatif nak beli kanvas baru untuk stadium Bukit Jalil. #BendaBetul #BersihdanStabil #MalaysiaSejahtera #KitaBoleh #PNbest #Melayu #fyp #PakatanHarapan #BarisanNasional

♬ Ale Ale Ayuh Ayuh Malaysiaku – Ultras Sound

Meninjau reaksi orang ramai di Twitter mengenai perkembangan terkini Stadium Bukit Jalil, rata-rata memuji tindakan pantas dilakukan Hannah Yeoh, mengatakan baru sebulan dilantik sebagai menteri, beliau sudah melakukan kerja dengan baik.

Ada juga yang meninggalkan komen bertanyakan keseluruhan kos untuk membeli sebuah kanvas memandangkan menteri sebelumnya agak ‘liat’ mahu menyediakan kanvas untuk padang berkenaan,

“Mudah je dia selesaikan, tak payah terhutang budi dengan siapa-siapa,” ciap pengguna @Q_uRraT.

“You made this easy as peanuts. Wonder what Peja was doing before this,” balas @kucingrules.

Baca juga: TMJ puji komitmen Hannah Yeoh beli kanvas baru untuk Stadium Bukit Jalil