Saksi beritahu Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada khazanah, PNB
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu syarikat fesyen tempatan Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet), menerima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), lapan tahun lepas. Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Cawangan Bukit Damansara Tay Lay Hong, 54, berkata wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Public Bank milik syarikat…
